Saturday, 26 January 2019

Kursus Excel


Satu kaji selidik yang dijalankan oleh JobStreet mendapati bahawa majikan akan memberi keutamaan melantik graduan lepasan universiti yang mempunyai sijil kemahiran perisian Microsoft Excel untuk bekerja dengan organisasi mereka. Organisasi di seluruh dunia juga menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk melatih pekerja mereka supaya mahir menggunakan perisian ini. Justeru, jika anda mahir menggunakan perisian ini, ianya akan mendatangkan keuntungan kepada anda samada anda seorang pelajar atau pekerja.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS EXCEL Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 011-25085983

Kajian Kes 1 : Akibat Tidak Menggunakan Microsoft Excel


Puan Aini merupakan janda anak 1. Dia menyara diri dan anaknya dengan menjahit secara kecil-kecilan. Pelanggan amat berpuas hati dengan jahitan Puan Aini yang kemas dan upahnya yang berpatutan. Pelanggan mula mengesyorkan servis jahitan Puan Aini kepada rakan-rakan yang lain. Lama-kelamaan, pelanggan Puan Aini semakin ramai dan untung beliau juga semakin banyak. Puan Aini mula bercita-cita untuk membuka kedai jahitan sendiri dan berjaya 2 tahun kemudian.

Puan Aini mula merasakan cabaran dalam menguruskan pelanggan beliau. Tempahan dari pelanggan yang tidak putus-putus membuatkan Puan Aini menempah kain hampir setiap minggu melalui pembekal. Puan Aini merekod setiap transaksi yang dibuat kepada pelanggan ataupun pembekal untuk mengelakan kerugian. Kebiasaanya, organisasi akan menggunakan Microsoft Excel untuk merekod data ini kerana ianya mudah dan cepat.

Namun, tidak bagi Puna Aini. Puan Aini yang tidak peka dengan teknologi masih merekodkan data-data tersebut menggunakan pen dan kertas, iaitu satu proses yang amat memakan masa. Ini memperlahankan khidmat jahitan beliau. Apabila masalah ini berlaku, dia terpaksa bekerja lebih masa sehingga menjejaskan kesihatan beliau. Bimbang dengan kesihatan beliau yang semakin teruk, Puan Aini menutup kedainya dan kembali berniaga menjahit secara kecil-kecilan.

Kajian Kes 2 : Akibat Tidak Mahir Menggunakan Microsoft Excel


Joe adalah eksekutif kewangan yang amat dikagumi oleh organisasinya. Dia amat setia dengan organisasi, jujur dan ringan tulang. Pada satu hari, dia diminta untuk membentangkan laporan kewangan tahunan di hadapan lembaga pengarah dan juga pemegang saham syarikat. Joe tahu jika dia berjaya dalam pembentagan beliau, peluang kenaikkan pangkat amat tinggi kerana jawatan pengurus kewangan masih lagi kosong.

Joe mula bersiap-sedia untuk perbentanganya. Data-data kewangan yang dikumpul dan direkod di dalam Microsoft Excel mula diteliti dan dibetulkan. Joe juga membandingkan data yang direkodkan ke dalam Excel dengan data sebenar. Namun, rakan-rakan sekerja Joe tidak mengetahui yang pengetahuan Joe di dalam Excel amat terhad. Justeru, dia tidak pandai memindahkan data-data yang telah dikumpulkan tersebut ke perisian yang lain seperti Microsoft PowerPoint. Joe juga tidak pernah meminta tunjuk ajar dari rakan-rakanya kerana malu dan ego.

Keesokan harinya, dia membentangkan laporan kewangan tahunan dengan cara tradisional, iaitu menggunakan kertas 'mahjong'. Ahli panel kehairanan, namun membiarkan sahaja Joe membentang untuk menjaga air mukanya. Apabila sesi soal jawab bermula, soalan pertama yang mula ditanya oleh para panel bukanlah mengenai soal kewangan, sebaliknya mereka menanya Joe, adakah dia tahu data Microsoft Excel boleh dipindahkan ke PowerPiont? Dengan tangkasnya joe menjawab tidak, yang disusuli dengan ketawa dari para panel.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS EXCEL Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 011-25085983

Kajian Kes 3 : Kesan Apabila Mahir Menggunakan Microsoft Excel


Ami ialah graduan Diploma Perakaunan. Setelah menunggu hampir 6 bulan, barulah dia dipanggil untuk ditemuduga di salah sebuah firma perakaunan kecil. Pegawai temuduga beliau ialah Encik Hadi. 

Encik Hadi berada di dalam dilema. Jika dia menerima Ami, dia perlu mengorbankan banyak masa untuk menyelia Ami yang tiada pengalaman bekerja selain pengalaman latihan industri. Namun, juka dia menolak Ami untuk mengambil pekerja yang lebih berpengalaman, sudah tentu pekerja itu meminta gaji yang besar.

Encik Hadi membelek salinan resume dan sijil-sijil Ami. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, Encik Hadi menemui sijil penyertaan kursus Microsoft Excel Ami, yang sekaligus meyakinkan Encik Hadi untuk menerima Ami ke dalam organisasi.

Ternyata Encik Hadi tidak silap. Ami amat cekap menggunakan Microsoft Excel dan dapat menyiapkan kerjanya lebih cepat dari pekerja lain. Ami juga dapat membentangkan laporan kewangan dengan baik dan menarik kerana dia pandai membuat carta bar dan carta pie menggunakan Microsoft Excel.

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts